fb fb fb fb fb

BN rampas kerusi daripada PH di Simpang Renggam, Pengerang kekal

SIMPANG RENGGAM, 19 November- Keputusan rasmi di Parlimen Simpang Renggam menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berjaya merampas kerusi daripada Pakatan Harapan (PH) selepas memperoleh 18,312 undi.

Manakala, calon PH, Maszlee Malik memperolehi 16,491 undi, calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Fazrul Kamat, memperoleh 9,077 undi dan calon Pejuang, Kamal Kusmin hilang deposit, hanya meraih 251 undi.

Bagaimanapun, Hasni terpaksa berpuas hati dengan kelebihan 1,821 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Maszlee yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperoleh 18, 157 undi, menang dengan majoriti 3, 475 undi mengatasi calon BN, Datuk Liang Teck Meng yang mendapat 14, 682 undi dan calon PAS Mohd Jubri Selamat (2,983).


(Foto FB Azalina)

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman Said daripada BN berjaya mempertahankan kerusi ditandinginya bagi Parlimen Pengerang dengan majoriti 5,010 undi.

Keseluruhan, Azalina mendapat 21,738 undi menewaskan dua calon lain, Fairulnizar Rahmat dari Perikatan Nasional yang mendaat 16,728 undi dan Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh dari Pakatan Harapan mendapat 3,374 undi.

Pada PRU14, Azalina mendapat 21,829 undi dengan jumlah majoriti 11,417 undi.

Azalina menewaskan calon Norliza Ngadiran daripada Bersatu yang memperoleh 10,412 undi.

Media Baharu