fb fb fb fb fb

Datuk Rosol pertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu

(Datuk Rosol menang dengan majoriti 15,734 undi)

HULU TERENGGANU, 19 November- Calon PAS, Datuk Rosol Wahid berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Kemenangan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu meraih 42,910 undi.

Pencabarnya Datuk Rozi Mamat daripada Barisan Nasional memperoleh 27,176 undi manakala calon Pakatan Harapan,Alias Ismail mendapat 1,740 undi dan calon Pejuang, Mohd. Khadri Abdullah 182 undi.

Rosol menang dengan majoriti 15,734 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu, Adnan Abdullah di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu pada pukul 11.10 malam.

Dalam PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket BN memperoleh sebanyak 30,925 undi menewaskan calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3.374 undi).

Rosol kemudiannya memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 2018.


(Datuk Rosol pertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu)

Media Baharu