fb fb fb fb fb

Perikatan Nasional menang Parlimen Padang Terap

KUALA NERANG, 19 November- Calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Nurul Amin Hamid diumumkan pemenang kerusi Parlimen Padang Terap dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Kemenangan Ustaz Nurul Amin diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P007 Padang Terap, Datuk Abd Ghani Zainudin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) Dewan Kolej MARA, Kuala Nerang, sebentar tadi.

Beliau memperoleh 28,217 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memperoleh 17,258 undi.

Manakala calon Pakatan Harapan, Muaz Abdullah memperoleh 2,702 undi dan calon PEJUANG, Razali Lebai Salleh memperoleh 4 undi.

Dengan keputusan itu, Ustaz Nurul Amin menang dengan majoriti 10,959 undi.

(Ustaz Nurul Amin Hamid diumumkan pemenang kerusi Parlimen Padang Terap dalam
Pilihan Raya Umum PRU15

Media Baharu