fb fb fb fb fb

PRU15: Sabah mampu sumbang 15 kerusi

(Ismail Sabri bersalaman dengan penduduk sewaktu tiba pada Majlis Ramah Mesra
Perdana Menteri Bersama Rakyat Libaran di Projek Perumahan Rakyat Gum-Gum hari ini)

SABAH, 15 November- Barisan Nasional (BN) pusat menyasarkan 15 kerusi dimenangi daripada 25 kawasan Parlimen dalam PRU 15 bagi membantu pusat memenangi PRU 15.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yakin dengan pengalaman Pengerusi UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk terus memperkukuh jentera dengan kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memanfaatkan baki beberapa hari kempen PRU 15 menyantuni dan memberi kefahaman kepada rakyat pentingnya menunaikan tanggungjawab mengundi pada 19 November ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Saya percaya zon 5 sekurang-kurangnya tiga atau empat kerusi parlimen dan di Sabah saya difahamkan di Sabah minimum boleh menyumbang 15 kerusi," katanya kepada media dalam Program Ramah Mesra Rakyat di PPR Gum-Gum Batu 16 Sandakan.

Hampir 3,000 masyarakat dari sekitar kawasan Libaran menghadiri program berkenaan.

Perdana Menteri berangkat balik ke Ibu Negara pada pukul 7.15 malam dari Lapangan Terbang Sandakan.


Media Baharu