fb fb fb fb fb

Bapa harap jasad anak ditemui segera

KEMAMAN, 15 November- Seorang bapa dan ahli keluarganya reda dengan kehilangan anak Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman, yang dikhuatiri lemas di alur sungai Kuala Kemaman, berhampiran Pantai Marina, sejak Jumaat lalu.

Menurut bapa mangsa, Shahrulzaman Saparuddin, 48 tahun, mangsa dan dua rakan ke lokasi kejadian untuk mandi-manda sebelum berlakunya insiden lemas akibat dihanyutkan arus deras, kira-kira pukul 3.00 petang.

"Mohamad Aiman Asyraf diharap ditemui segera. Saya hanya menunggu di sini bagi menantikannya dan hanya pulang ke rumah untuk solat," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.


(Foto Hiasan)

Tiada sebarang petunjuk ditemui Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), setakat ini.

Operasi turut dibantu tiga pegawai dari Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu bagi memudahkan pencarian tersebut.

Media Baharu