fb fb fb fb fb

4,200 anggota, pegawai ATM undi awal di Kelantan

KOTA BHARU, 15 November- Seramai 4,200 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di empat pusat mengundi, setakat pukul 5.00 petang tadi.

Panglima Briged Ke-8 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Abu Hasan Assha'ari Kamis @ Shaffiee berkata pihaknya menjangkakan sasaran lebih 98 peratus pegawai, anggota dan pasangan keluar mengundi hari ini.

Katanya, tiada sebab untuk mereka tidak keluar mengundi, melainkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan antaranya masalah kesihatan.


(Jarang-jarang kes anggota tentera tidak mengundi)

"Jarang-jarang kes anggota tentera tidak mengundi. Saya telah menyarankan semua anggota untuk hadir menjalankan tanggungjawab itu untuk menyumbang kepada negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini.

Tiada kes COVID-19 dilaporkan sepanjang proses pengundian awal hari ini.

Media Baharu