fb fb fb fb fb

BN sasar menang 15 kerusi parlimen di Sabah

SANDAKAN, 16 November- Barisan Nasional (BN) menyasarkan memenangi 15 Kerusi daripada 25 kawasan Parlimen Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekaligus menyumbang kemenangan kepada parti.

Menurut Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaacob, beliau yakin dengan pengalaman dimiliki Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk terus memperkukuhkan jentera bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memanfaatkan baki kempen PRU 15.

"Saya percaya zon 5,sekurang-kurangnya dua..tiga,atau empat kerusi parlimen.Saya difahamkan di Sabah, minimum boleh menyumbang 15 kerusi",katanya kepada media.

Beliau berkata demikian dalam Program Ramah Mesra Rakyat di PPR Gum-Gum Batu 16 Sandakan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui media selepas
 Program Ramah Mesra Rakyat di PPR Gum-Gum Batu 16 Sandakan)

 Hampir 3,000 Masyarakat dari sekitar kawasan Libaran menghadiri program berkenaan.

Perdana Menteri berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 7.15 malam dari Lapangan Terbang Sandakan.

Media Baharu