fb fb fb fb fb

Pengecilan saiz Kabinet berasas dan mampu dilaksanakan - Annuar Musa

LUBUK MERBAU, 16 November- Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengecilkan saiz kabinet sekiranya Barisan Nasional kembali mendapat mandat baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan berasas dan mampu dilaksanakan

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana ia dibuat berdasarkan kepada pengalaman dimiliki Ismail Sabri ketika memimpin negara.

"Misalnya perbelanjaan dan pembahagian tugas (dilaksanakan dengan baik) kerana beliau berpengalaman jadi PM. Jadi dia tahu yang mana boleh dikecilkan. Jadi, kalau dia buat komitmen itu ada asas, dan saya yakin PM akan melakukannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Ceramah Perdana bertajuk ‘PRU-15 Jangan Tertipu Lagi’ di Lubuk Merbau.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

Semalam ketika program Bual Bicara Khas Kestabilan dan Kemakmuran Bersama Perdana Menteri di RTM, Datuk Seri Ismail memaklumkan akan mengecilkan saiz kabinet selepas mendapat mandat baharu.

Barisan jemaah menteri akan terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai kepakaran. 

Media Baharu