fb fb fb fb fb

Lebih 90% keluar undi awal PRU15

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 16 November- Lebih 90% daripada 224,828 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Pengundian awal dilaksanakan di 578 pusat pengundian dengan 970 saluran dibuka.

Proses pengundian awal turut disaksikan ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 365,686 kertas undi pos dikeluarkan SPR pada PRU15 dan Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya, Sabah.

Tarikh pengundian telah ditetapkan oleh SPR pada 19 November ini.

(Foto hiasan)

 

Media Baharu