fb fb fb fb fb

Rakyat perlu bijak menilai kandungan kempen di media sosial

TAIPING,15 November- Rakyat perlu bijak menilai kandungan kempen di media sosial agar tidak timbul salah faham.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan media sosial adalah platform utama ketika ini, namun ia perlu disemak dan dibuat tapisan secara kendiri.

"Kadang-kadang video lama yang tidak relevan dimuat naik di media sosial dan disunting telah menyebabkan berlaku percanggahan maklumat. Perkara sedemikian perlu dielak kerana boleh menimbulkan salah faham," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan jelajah kempen, di sini.


(Foto Hiasan)

Tambah Annuar, sejuruh pembubaran Parlimen dibuat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menubuhkan pasukan khas seramai 130 orang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ia bagi memproses aduan kandungan palsu di media sosial serta mempunyai autoriti untuk mengarahkan penurunan “posting” yang disahkan palsu.

Media Baharu