(Asmaiza Ahmad bermain bola jaring pada Program Santai Bersukan Anak Muda)
CHUPING, 13 November- Golongan muda khususnya bagi mereka yang pertama kali akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disaran agar membuat pilihan yang tepat bagi menentukan hala tuju kepimpinan negeri dan negara.
Di kawasan DUN Chuping, 950 daripada keseluruhan lebih 4,000 pengundi merupakan kali pertama akan mengundi.
Mereka berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Calon DUN Chuping mewakili Barisan Nasional yang juga penyandang kerusi, Asmaiza Ahmad berkata, golongan itu bijak menilai setiap calon bertanding dengan matang.
Beliau menyeru golongan itu untuk, "menunaikan tanggungjawab dan gunakan hak sebagai pengundi dengan bijak, matang dan berkesan.
"Jika terus mendapat kepercayaan banyak pembangunan yang dirancang, contohnya mewujudkan lebih banyak lampu di kawasan yang gelap juga pembangunan yang pesat di Lembah Chuping."
Asmaiza Ahmad ditemui media pada Program Santai Bersukan Anak Muda di Felda Chuping, Padang Besar.
(Asmaiza Ahmad ditemui pemberita RTM di Felda Chuping)