fb fb fb fb fb

Tawaran manifesto perlu realistik

(Foto hiasan)

AYER KEROH, 13 November- Calon-calon yang bertanding dalam Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu realistik dalam menetapkan tawaran manifesto di kawasan mereka dan tidak meletakkan janji yang sukar ditunaikan semata-mata mahu memenangi hati pengundi

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah berkata, pengundi sudah bijak menilai dan akan memilih calon yang terbaik serta berpotensi untuk menunaikan janji mereka.

Perkara tersebut perlu diambil perhatian serius oleh calon bertanding kerana rakyat akan menolak parti yang gagal melaksanakan manifesto mereka seperti yang pernah berlaku pada 2018.

"Jadi bagi saya, potretkan diri dengan satu personaliti yang baru untuk perjuangkan hak rakyat yang releven bukan manifesto tidak realistik dan sukar dilaksanakan."

Muhammad Anwar Fahmi berkata demikian ketika ditemui RTM di Ayer Keroh, Melaka.

(Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah, 
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka)

Media Baharu