fb fb fb fb fb

PRU15 : Elak keluar fatwa ekstrem ketika kempen

(Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Petani)

SUNGAI PETANI, 13 November- Semua pimpinan parti politik perlu profesional dan tidak melampau dalam memberi ceramah pada siri kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak berlaku perpecahan masyarakat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ceramah ekstrem seperti mengeluarkan dalil atau fatwa sendiri perlu dielakkan kerana pengundi bijak membuat keputusan.

Beliau turut menegaskan, "jangan ekstrem dalam berkempen. Kita hidup berbilang bangsa dalam sebuah negara majmuk."

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Petani.

Hadir sama, calon kerusi parlimen berkenaan, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

(Datuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO)

 

Media Baharu