fb fb fb fb fb

Kebajikan peneroka, FELDA bakal diletak di bawah seliaan PM

BERA, 13 November- Pembangunan, kebajikan dan kemudahan melibatkan peneroka FELDA akan diletakkan di bawah seliaan Perdana Menteri.

Ia untuk memastikan usaha menangani isu-isu warga FELDA dapat diurus secara terus dengan penyelesaian lebih berkesan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu akan dilaksanakan sekiranya beliau kekal Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kita bina jalan besar, kita bina hospital demi kepentingan semua rakyat di Bera jika saya kembali diberi mandat oleh rakyat. Sudah tentu banyak perkara lagi yang mampu kita lakukan. Meski saya jadi Perdana Menteri dalam tempoh satu tahun empat bulan, banyak perkara yang telah dilaksanakan antaranya saya meluluskan RM140 juta berhubung masalah air di Bera ini," kata Ismail kepada media pada majlis ramah mesra bersama warga peneroka Felda Bukit Kepayang.


(Perdana Menteri merangkap penyandang kerusi Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Katanya, kebajikan peneroka Felda sentiasa menjadi fokusnya sejak mula bertanding di kerusi Parlimen Bera pada 2004.

Pelbagai pembangunan telah dilaksanakan di 14 tanah rancangan Felda dalam Parlimen Bera termasuk menyelesaikan masalah air dan menyediakan kemudahan jalan raya lebih selesa.

Media Baharu