fb fb fb fb fb

PRK Ayer Kuning: Ahmad Zahid ucap tahniah atas kemenangan BN

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ Foto RTM

BAGAN DATUK, 26 April- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah atas kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Menurut Ahmad Zahid, kemenangan itu mencerminkan kerjasama erat serta penerimaan kesepakatan antara semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai bukti kebijaksanaan pengundi dalam memilih calon yang benar-benar layak mewakili mereka.

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh PRK berkenaan berlangsung.

"Insya-Allah, kita akan menterjemahkan komitmen yang telah diberikan oleh calon dan insya-Allah, saya akan memantau bersama-sama ke akar umbi bagi prestasi dan perkhidmatan yang diberikan oleh Ustaz Yusri.

"Ini juga merupakan satu manifestasi yang cukup jelas sokongan kepada Kerajaan MADANI yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Bagan Datuk, Perak.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM