BAGAN DATUK, 26 April- Kesepakatan Kerajaan Perpaduan, berjaya diterjemah sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ini terbukti apabila bukan sahaja jentera Barisan Nasional (BN), malah jentera Pakatan Harapan (PH) juga terlibat aktif dalam berkempen untuk calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir.
"Sepanjang tempoh berkempen, saya ucapkan terima kasih kepada bukan sahaja kepada parti komponen tetapi juga jentera PH yang telah membantu kita.
"Kesepakatan ini seperti mana yang kita terjemahkan yang pernah kita lakukan dalam PRK di Nenggiri.. di Johor," katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Karnival RISDA MADANI (KARRISMA) Zon Utara 2025 di sini hari ini.
Beliau turut berharap peratusan keluar mengundi akan terus meningkat menjelang petang ini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyeru lebih ramai pengundi Ayer Kuning keluar mengundi dengan segera.