fb fb fb fb fb

PRU15: Penamaan calon Parlimen Padang Serai, Dun Tioman esok

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 23 November- Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang diadakan semula secara serentak, esok.

Pengundian di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian M. Karupaiya daripada Pakatan Harapan untuk Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli daripada Perikatan Nasional bagi DUN Tioman.

"Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, masing-masing di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim dan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

"Calon-calon yang sah dinamakan bagi PRU15 di kedua-dua kawasan itu sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi, untuk menentukan giliran pada kertas undi.

"Calon-calon baharu yang ingin bertanding pula perlu menyerahkan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus serta oleh calon atau penyokong atau pencadangnya esok," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal, pada 3 Disember 2022.

(Penamaan calon Parlimen Padang Serai, Dun Tioman esok)

Media Baharu