fb fb fb fb fb

GPS akur keputusan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan

(Fadillah Yusof ditemui media diĀ Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak)

KUCHING, 23 November- Gabungan Parti Sarawak (GPS) memaklumkan partinya akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya mengesahkan perkara tersebut selepas pertemuan bersama Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching, hari ini.

"Tuanku telah memberi nasihat bahawa hasratnya dalam keadaan tidak ada seorang pun (parti) yang mendapat majoriti mudah untuk sokongan menjadi perdana menteri, maka Tuanku berhasrat kalau dapat untuk kita berbincang mempertimbangkan sama ada boleh ditubuhkan Kerajaan Perpaduan.

"Seperti mana yang telah diputuskan melalui kenyataan, GPS memang berhasrat dari segi sokongan, kalau dapat tubuhkan kerajaan bersama beberapa parti, tapi kami tetap akan patuh kepada apa juga yang dibuat oleh Baginda," jelas Fadillah Yusof.

Terdahulu, beliau bersama Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan beberapa orang Ahli GPS iaitu Datuk Seri Richard Riot dan Datuk Aaron Ago Dagang telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pagi tadi.


(Foto hiasan)

Media Baharu