(Bilik gerakan akan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya)
ALOR SETAR, 24 November- 33 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletak dalam keadaan siap sedia berdepan sebarang kemungkinan menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai, esok.
Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Awang Askandar Ampuan Yaacob berkata, mereka yang ditugaskan terdiri daripada anggota APM Kulim.
Bilik gerakan akan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya.
"Insya-Allah sebelum ini pada hari penamaan calon dan PRU15 Sabtu lalu, keadaan semua terkawal dan berharap pada hari penamaan calon PRU15 Parlimen Padang Serai nanti juga dalam keadaan baik" kata Awang Askandar selepas majlis Himpunan Setia APM di sini.
Dalam majlis itu Pengarah Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar menerima watikah pelantikan sebagai Leftenan Kolonel Kehormat APM.
Timbalannya, Rohani Musa pula dilantik sebagai Kapten Kehormat APM.
(Awang Askandar Ampuan APM siap sedia hari penamaan calon Parlimen Padang Serai)