fb fb fb fb fb

Tiada pergerakan keluar masuk di pejabat Pengerusi PH

(Pengamal media sudah mula berkumpul sejak 8.00 pagi tadi)

PETALING JAYA, 23 November- Tiada pergerakan keluar dan masuk kenderaan melibatkan pimpinan parti-parti politik di pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing di sini setakat pukul 10.20 pagi ini.

Anwar juga difahamkan masih berada di kediaman beliau di Bandar Sg. Long, Kajang, Selangor.

Bagaimanapun, pimpinan PH dijangka berkumpul di pejabatnya bagi menghadiri mesyuarat dan perbincangan susulan perkembangan situasi semasa politik negara.

Pengamal media sudah mula berkumpul di perkarangan pejabat Datuk Seri Anwar sejak 8.00 pagi tadi bagi membuat liputan terkini.


(Tiada pergerakan keluar masuk di pejabat Pengerusi PH)

Media Baharu