fb fb fb fb fb

Ahli Parlimen BN mahu sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong ditangguh?

KUALA LUMPUR 23 November- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional menghadap secara individu di Istana Negara 10.30 pagi hari ini.

Namun, dimaklumkan ahli parlimen BN mahu sesi berkenaan ditangguhkan.

Pengamal media sudah mula berkumpul di Pintu 2, Istana Negara.

Buat masa ini tiada sebarang pergerakan ahli parlimen Barisan Nasional memasuki Istana Negara.

(Pengamal media sudah mula berkumpul di Pintu 2, Istana Negara)

Sementara itu Pintu 1 Istana Negara lengang dan tiada pergerakan keluar masuk buat masa ini.

Bagaimanapun, petugas media sudah menunggu seawal pukul 8.00 pagi dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Anggota polis juga dilihat membuat kawalan bagi memastikan keamanan dan tiada sebarang provokasi berlaku.


(Suasana Istana Negara lengang dan tiada pergerakan keluar masuk buat masa ini)

Media Baharu