(ACP A Asmadi nasihat pengundi patuh semua arahan ditetapkan)
PUTRAJAYA, 18 November- Lebih 410 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya ditugaskan untuk membantu kelancaran sepanjang proses mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.
Kesemua anggota terbabit akan ditempatkan di 11 lokasi mengundi di seluruh Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A Asmadi Abdul Aziz memaklumkan tiada penutupan atau lencongan jalan dilakukan bagi memudahkan urusan pemilih.
"Buat masa sekarang, kita (polis) tidak ada tutup (jalan). Sekarang ini kita menggalakkan orang menggunakan apa juga jalan untuk datang mengundi," katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 9 (2) Putrajaya
Asmadi turut menasihatkan pengundi di Putrajaya supaya mematuhi semua arahan yang ditetapkan.
"Saya menasihati supaya semua pengundi-pengundi yang hadir mematuhi semua arahan-arahan yang ditetapkan. Jangan kelam kabut," katanya.
(ACP A Asmadi meninjau pusat undiĀ (SK) Presint 9 (2) Putrajaya)