(Ismail Sabri seru Keluarga Malaysia keluar mengundi)
BERA, 18 November- Seluruh Keluarga Malaysia diseru untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menasihatkan Keluarga Malaysia supaya mengutamakan keselamatan terutama mereka yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
"Saya menyeru Keluarga Malaysia untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan berhati-hati di jalan raya," katanya kepada RTM di FGV Bera Selatan 4/6, Pahang.
Tambah Ismail Sabri, kempen PRU15 tidak sepatutnya dijadikan platform untuk memecahbelahkan Keluarga Malaysia.
"Saya juga berharap jangan membuat sebarang provokasi yang mencetuskan ketidakamanan (tidak aman) sepanjang berkempen dan kempen dua minggu ini tidak patut dijadikan platform untuk memecahbelahkan Keluarga Malaysia," katanya.
(Foto hiasan)