fb fb fb fb fb

PRU15: Annuar Musa serahkan diri kepada rakyat

Foto FB Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 2 November- Ketua UMNO bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa bersyukur setelah mendengar keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti Barisan Nasional malam tadi.

Menurutnya, sebelumnya agak samar kerana langsung tidak di rujuk, jauh sekali dari dirundingi seperti mana tertulis di dalam perlembagaan parti.

"Apa pun, kita terima seadanya dan berlapang dada. Kita tutup dulu satu episod, dan kita pandang kehadapan serta menghitung langkah seterusnya," katanya dalam kenyataan di Facebook.


(Ketua UMNO bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa/ Foto FB Tan Sri Annuar Musa)

"PRU 14 dahulu, lebih 25,000 telah mengundi saya. Ahli UMNO Ketereh cuma 14,000. Bererti lebih dari 11,000 undi datangnya dari kalangan bukan ahli UMNO. Kesemuanya amat saya hargai. Ia memenuhi aspirasi saya yang mahu melihat ahli UMNO dan bukan ahli UMNO terutama kalangan ahli PAS supaya kekal bersatu padu dan menjunjung semangat Muafakat Nasional yg kita bersama perjuangkan," tambahnya.

Annuar berkata, untuk perjalanan seterusnya elok beliau tinjau pendirian jentera akar umbinya, serta sentimen rakyat yang mengangkatnya.

"Elok saya serahkan diri saya kepada rakyat dan biar rakyat tentukan perjalanan seterusnya," katanya lagi.

Pastinya jangan dibiarkan cabaran tidak bersahut, tikaman tidak bertepis, fitnah tidak berjawab dan hutang tidak berbayar.

Selain itu, annuar juga berkata, seeloknya saya berfikir dahulu dengan akal yang panjang, selepas itu barulah saya bertindak dengan jiwa yang tenang dan dada yang lapang insya-Allah.

"Kepada kawan kawan yg bertubi tubi dan ramai sekali memberi kata semangat didalam perjuangan, saya ucapkan ribuan terima kasih dan mohon bertenang", kata Annuar.

Media Baharu