fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: SOP dalam peringkat akhir perbincangan

JOHOR BAHRU, 11 Februari - Prosedur Operasi Standard (SOP) PRU Dewan Negeri Johor ke-15, akan diumum dalam tempoh terdekat.

Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata SOP berkenaan sedang dalam peringkat akhir perbincangan sebelum dimuktamadkan.

"Yang akan keluar dan umumkan mengenai SOP ini ialah pihak SPR, kita akan keluarkan kenyataan selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan juga Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi taklimat SPR kepada media di Johor Bahru, Johor.

Taklimat selama dua jam itu disertai kira-kira 50 pengamal media.

Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan media dan persediaan liputan sepanjang proses pilihan raya yang bakal berlangsung bermula 26 Februari.

Media Baharu