fb fb fb fb fb

PEJUANG bakal bertanding 42 kerusi pada Pilihanraya Umum Dewan Negeri Johor


JOHOR BAHRU, 11 Februari - Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dijangka mengumumkan 42 senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya Umum Dewan Negeri Johor ke-15 nanti.

Menurut Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, perkara itu akan dimuktamadkan dua hari sebelum hari penamaan calon.

"Kita berharap untuk bertanding sekitar 42 kerusi daripada 56 kerusi yang ditandingi jentera. Kita sudah bersiap sedia untuk menawan hati rakyat Johor. Kita berbeza dengan parti lain walaupun kita baru dan kecil tetapi sebenarnya kita mempunyai pengalaman yang luas," kata Mukhriz selepas melancarkan Jentera PEJUANG di sini.

Parti itu juga dijangka akan bergerak secara bersendiri tanpa kerjasama dengan parti-parti lain.

 

Media Baharu