fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor diteruskan mengikut jadual

TANGKAK, 11 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan, Pilihan Rraya Umum Dewan Negeri Johor tidak akan ditunda, walaupun terdapat peningkatan kes harian COVID-19.

Satu-satunya kaedah yang dapat menunda daripada PRU Dewan Negeri itu dijalankan adalah menerusi perisytiharan darurat.

Menurutnya, PRU Dewan Negeri Johor perlu dijalankan selepas pembubaran dewan negeri dan pengumuman tarikh penamaan calon, mengundi awal dan hari mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya, SPR.

"Kalau kita buat darurat di Johor, negeri lain tidak buat, tidak boleh juga. Takkan di Johor je. Saya nak menyatakan bahawa kita terpaksa hidup dengan COVID -19 dan saya takkan menyekat pergerakan rakyat, rentas negeri daerah dan sebagainya. Kita dah buka ekonomi tidak mungkin kita tutup balik," kata Ismail Sabri.

Beliau ditemui dalam satu majlis bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Ledang di Tangkak, Johor.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad.

Perdana Menteri juga mengingatkan semua pihak agar terus mematuhi SOP sepanjang hidup bersama COVID-19.

Beliau sekali lagi memberi jaminan, tidak akan ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti sebelum ini.

Hanya PKP Diperketatkan (PKPD) bersasar diadakan di lokaliti berlaku peningkatan kes.

Datuk Seri Ismail mengulas gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan mengenai penundaan PRU Dewan Negeri Johor disebabkan pertambahan kes COVID-19 ketika ini.

 

Media Baharu