JOHOR BAHRU, 26 Februari - Proses penyerahan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor tamat pukul 10 pagi ini.
Proses yang melibatkan 56 kerusi Dewan Negeri Johor itu, berjalan lancar bermula pukul 9 pagi tadi.
Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding.