fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: Kuasa di tangan pengundi, buat keputusan bijak

SEGAMAT, 11 Mac - Menjelang hari mengundi esok, pengundi perlu membuat pilihan yang tepat bagi memastikan kestabilan politik yang berpanjangan di negeri Johor.

Ini bagi memastikan pembangunan yang lebih rancak demi kemajuan Johor dan kesejahteraan rakyat.

Pastinya, harapan tinggi turut diletakkan di bahu calon serta kerajaan negeri baharu yang bakal dipilih, untuk terus bekerja dan menunaikan segala janji selepas bergelar Wakil Rakyat.

Pengundi yang ditemui RTM mahu calon dan kerajaan yang bakal dipilih komited menyelesaikan masalah rakyat serta berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

(Mohd Sufiyan Missaruddin)

"Harapan saya kepada Wakil Rakyat di Johor ini dapat menunaikan janji dan akan memberi khidmat yang terbaik," kata Peniaga, Mohd Sufiyan Missaruddin.

(Shamala Vasudevan)

"Kerajaan baharu harus lebih mementingkan untuk memberi peluang pekerjaan dan fokus kepada kawasan pedalaman terutamanya petani dan pekebun kecil untuk memberi latihan memperkuatkan perniagaan mereka," menurut Shamala Vasudevan.

"Saya memang bersemangat untuk turun mengundi esok, harapan agar Wakil Rakyat yang terpilih bertanggungjawab melaksanakan harapan rakyat," jelas Hazanah Hairan.

(Hazanah Hairan)

Seramai 239 calon akan bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Negeri yang dipertandingkan, esok.

Media Baharu