fb fb fb fb fb

Pengundi pos perlu guna perkhidmatan kurier sah

JOHOR BAHRU, 10 Mac - Pengundi pos diminta menghantar semula undi mereka menggunakan perkhidmatan kurier yang sah.

Ini bagi memastikan undi pos selamat dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dalam tempoh yang ditetapkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjalin kerjasama dengan Pos Malaysia dalam urusan penghantaran kertas undi, Borang 2, sampul A dan B kepada pengundi yang memohon sebagai undi pos bagi PRU Dewan Negeri Johor.

Ia perlu dikembalikan tidak lewat dari pukul 5 petang pada hari mengundi, Sabtu ini.

Sementara itu, pasukan sukarelawan "WANTED MEDIA" telah mengumpul kira-kira 5,000 kertas undi pos daripada pengundi yang bekerja di Singapura.

Ia telah dihantar semula ke Johor menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat.

(Sukarelawan 1thirmedia, Hafeez A Jaz membawa bagasi mengandungi undi pos rakyat Johor yang menetap dan bekerja di Singapura)

Sukarelawan 1thirmedia, Hafeez A Jaz memaklumkan, kertas undi pos dibawa secara berperingkat sejak Ahad lalu.

Kertas undi berkenaan dikumpul dari lima bahagian di republik itu sebelum disatukan untuk dihantar ke Johor.

"Saya rasa ini satu tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat Malaysia yang berada di Singapura untuk memudahkan urusan undi rakyat Johor di sana untuk mengundi," katanya.

Media Baharu