fb fb fb fb fb

RISDA peruntuk RM4.57 juta bantu pekebun kecil getah di Johor

(Abdul Rahman pada majlis Penyampaian Bantuan Pembangunan Pekebun Kecil Daerah di Segamat)

SEGAMAT, 10 Mac - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntuk RM4.57 juta kepada pekebun kecil getah di Johor, tahun ini.

Peruntukan tersebut bakal memberi manfaat kepada 3,789 pekebun kecil.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata insentif berkenaan bagi membantu meningkatkan produktiviti getah pekebun kecil.

"Ini tidak lain tidak bukan adalah bagi meningkatkan produktiviti pekebun getah di sini khususnya sasaran kita sebanyak 1,800 kilogram hektar setahun," katanya.

(Abdul Rahman ketika ditemui pemberita di Segamat)

RISDA dalam pada itu turut memperuntukkan RM1.29 juta lagi bagi Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun (LDP).

Abdul Rahman berkata demikian dalam majlis Penyampaian Bantuan Pembangunan Pekebun Kecil Daerah, di sini hari ini.

Pada majlis ini, sebanyak RM590,000 disumbangkan bawah program LDP bagi membantu masyarakat pekebun kecil di sekitar Segamat.

Media Baharu