fb fb fb fb fb

Aktiviti IOW pastikan maklumat sampai kepada komuniti

(Aktiviti hebahan menerusi IOW)

JOHOR BAHRU, 10 Mac - Aktiviti hebahan menerusi Info On Wheel (IOW) Jabatan Penerangan Malaysia, JAPEN Johor diteruskan hingga ke hari pengundian Sabtu ini.

Ini bagi memastikan semua rakyat Johor menerima informasi lengkap berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15.

Pengarahnya, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata fokus hebahan tertumpu kepada msyarakat luar bandar yang mengalami masalah kelajuan internet.

"Kita percaya penduduk di kawasan terjejas dengan liputan yang agak kurang baik, hebahan menerusi IOW dapat memberi mereka maklumat dan informasi yang diperlukan," katanya kepada RTM.

(Pengarah Japen Johor, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin)

Menurut Naim Fahmi, selain IOW penyampaian di media sosial juga digiatkan.

Penyampaian maklumat turut dibantu dengan penubuhan 168 komuniti Keluarga Malaysia bagi memastikan segala info dapat disampaikan kepada komuniti di semua 56 kawasan Dewan Negeri, di negeri ini.

Media Baharu