MUAR, 9 Mac - Kepelbagaian warna yang mewakili parti bertanding merancakkan lagi semangat kempen calon, menjelang kempen yang bakal berakhir tengah malam esok.
Kemeriahan bendera parti-parti bertanding dapat disaksikan di kawasan N08 Bukit Pasir.
Tinjauan kru RTM di sekitar jalan utama mendapati pemasangan bendera, poster dan kain rentang memenuhi sepanjang jalan bagaikan pesta.
(Sekitar kawasan Bukit Pasir)
Bahang kempen PRU Dewan Negeri Johor juga semakin dirasai, malah segala persediaan untuk memacu strategi pada hari-hari terakhir giat dijalankan jentera parti bertanding.
Kerusi Dewan Negeri Bukit Pasir menyaksikan pertembungan sengit enam penjuru.
Ia melibatkan calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh; calon PN, Muhd Nur Iqbal Abd Razak; Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang); Elia Nadira Sabudin (PH); Najib Lep (Bebas) dan Johar Siraj (Bebas).