fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor ke-15: 2.59 juta pengundi layak tunai tanggungjawab


JOHOR BAHRU, 9 Februari-
Seramai 2.597 juta pengundi layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata ia membabitkan 2.57 juta pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis dan pasangan serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

"Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022. Termasuk dalam 2.597 juta pengundi PRN Johor adalah 43,149 pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih mulai 21 Februari iniuntuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka menerusi laman portal SPR di pengundi.spr.gov.my atau menelefon talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

SPR menyasarkan 70 peratus daripada keseluruhan 2.59 juta pemilih berdaftar akan mengundi bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15.

12 Mac ini ditetapkan sebagai hari pengundian, manakala hari mengundi awal pada 8 Mac.

Media Baharu