fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor : Bekas MB mahu bertanding, kekalkan kerusi DUN Bukit Kepong

FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU, 23 Februari - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15, sekali gus mahu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri, Bukit Kepong.

Beliau akan bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN).

Sahruddin turut memberi bayangan PN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN.

"Saya cukup yakin saya akan kekal di DUN Bukit Kepong kerana saya telah berkhidmat di sana selama empat tahun dan banyak pembangunan program-program yang telah saya jalankan dan Alhamdulillah program itu berjaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Setiausaha Perikatan Nasional, di sini malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Sahruddin memenangi kerusi DUN Bukit Kepong, dengan majoriti 1,273 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Mohd Noor Taib dan calon PAS, Muhammad Nur Iqbal.

 

Media Baharu