JOHOR BAHRU, 22 Februari- Kongres India Malaysia MIC bercadang kekal bertanding di empat kerusi tradisi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15, 12 Mac ini.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata cadangan tersebut akan dikemukakan pada pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Hasni Mohammad, esok.
Pertemuan tersebut juga akan memuktamadkan pembahagian kerusi dalam gabungan berkenaan sebelum diumumkan pada 24 Februari nanti.
"Kerusi tradisi, tapi kita di peringkat Barisan Nasional memang kita kongsi kuasa malah kita tolak ansur dan akan buat pilihan terbaik untuk parti dan negara.
"Sekarang musim pilihan raya semua nak jadi calon, namun akhirnya kita akan akur kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional," kata M.Saravanan.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan Tekun di sini.