(Pengundian awal di Dewan Serbaguna Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee)
BATU PAHAT, 15 November- Proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee, bergerak perlahan, dengan bilangan pengundi hadir berkurangan, setakat pukul 2.30 petang.
Aktviti mengundi memuncak sekitar pukul sembilan hingga 12.00 tengah hari, dan dimaklumkan, kurang daripada 100 pengundi awal berdaftar, masih belum mengundi, di pusat undi tersebut.
Meskipun bergerak perlahan, proses pengundian tetap berjalan secara konsisten, walaupun keadaan cuaca hujan ketika ini.
Pusat Pengundian Awal Parlimen Batu Pahat itu, mempunyai 676 pengundi awal berdaftar, terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pusat pengundian tersebut akan terus dibuka sehingga pukul 5.00 petang.
(Anggota dan pegawai ATM melakukan undi awal di Kem Majidee)