fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Peratusan pengundi Cina, India merosot

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

SUNGAI BAKAP, 6 Julai- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap dengan majoriti lebih besar daripada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos lalu merupakan suara rakyat terhadap situasi politik terkini.

Jelas beliau, peratusan keluar mengundi kaum Cina dan India yang rendah turut dikesan menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) di DUN Sungai Bakap.

"Maklum balas dari pusat-pusat mengundi memang menunjukkan kehadiran kaum India merosot mungkin dalam 10 hingga 13 peratus daripada berbanding dengan PRN PRU yang lepas. Ini pun sedikit sebanyak menyebabkan kekalahan, mungkin jurang tidak begitu besar majoriti, sementara pengundi Cina agak ketara, penurunan dalam 10 peratus,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Penjumlahan Undi bagi PH di Bukit Jawi Golf Resort di sini. 

Terdahulu Calon Perikatan berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap dengan  memperoleh undi sebanyak 14,489 dengan majorit 4,267 undi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE