fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Dr Joohari terima kekalahan dengan hati terbuka

Dr. Joohari pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Bakap

NIBONG TEBAL, 6 Julai- Menghormati isyarat yang dizahirkan pengundi, calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin menerima kekalahannya dengan hati terbuka.

Beliau percaya pengundi Sungai Bakap cerdik menilai dan menterjemahkannnya menerusi kertas undi.

"Keputusan yang telah diberikan dlm pilihan raya adalah isyarat rakyat bahawa ini adalah pilihan mereka kita boleh terima dengan lapang dada dan kita percaya bahawa rakyat cerdik dalam membuat keputusan,"katanya.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Bakap.

Turut hadir, Naib Presiden PKR Pusat, Nurul Izzah Anwar dan barisan pimpinan PKR Negeri.

Keputusan PRK Sungai Bakap menyaksikan Joohari memperoleh 10,222 undi tewas kepada Abidin Ismail yang memperoleh 11,489 undi.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal mempertahankan kerusi PN bagi kawasan itu dengan majoriti 4,386 undi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE