fb fb fb fb fb

PN pertahan kerusi DUN Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi

Abidin Ismail menang PRK Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi

SUNGAI BAKAP, 6 Julai- Perikatan Nasional (PN) pertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail memperoleh 14,489 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim mengumumkan keputusan rasmi itu di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Menurut Khairulnizam, sebanyak 63.45 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI