fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Calon PH optimis pengundi cina beri sokongan penuh

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin

NIBONG TEBAL, 27 Jun - Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin terus mempergiat kempennya dengan menyantuni setiap kelompok masyarakat menerusi pelbagai platform.

Beliau optimis komuniti cina akan memberi sokongan penuh kepadanya pada hari pengundian, 6 Julai depan.

Tidak menolak kemungkinan, beliau yakin keakrabannya dengan komuniti setempat sejak dahulu akan memberi kelebihan kepadanya dalam PRK berkenaan. 

"Jadi kepada pengundi cina yang jumlahnya antara 22 hingga 24 peratus, saya harap dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada saya kerana saya yakin bahawa dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat dan pengundi-pengundi cina, saya akan dapat majoriti yang selesa pada pilihan raya nanti," katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa beramah mesra bersama lebih 100 orang komuniti cina di Medan Selera Sungai Bakap. 

PRK Sungai Bakap, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Joohari dengan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail. 

ROSLINA BINTI DIN