fb fb fb fb fb

PRK Sg Bakap: Elak sesak, pengundi pilih keluar awal

Pengundi-pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng.

SIMPANG AMPAT, 6 Julai-Tidak mahu bersesak dan pulang lebih awal antara alasan pengundi memilih untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebaik sahaja Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng dibuka seawal pada pukul 8.00 pagi tadi.

"Alhamdulillah kita datang awal ke sekolah ini. Kita datang awal sebab kita saluran enam dan bila habis pengundian saya akan bawa ibu bapa sayalah. Saya ingat nak siap awal, sebelum sesak dan cuaca panas," kata pengundi, Azri Aisarmuddin Ahmad.

"Sampai tempat pengundian mak cik mengundilah...rasa terujalah, jika datang awal, akan cepat selesai..mak cik ini orang tua, takut lama berbaris..mak cik rasa lega sebab sudah selesai laksanakan tanggungjawab," kata pengundi, Rohimi.

"Saya datang lebih kurang pada pukul 8.50 pagi, rasa berbanggalah dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan juga memberikan mandat pada yang layak," kata pengundi, Yusof Husain.

SJKC Boon Beng membabitkan seramai 5,935 pengundi.

Pusat itu membuka sembilan saluran manakala dua daripadanya merupakan saluran bagi warga emas.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa sebanyak 16.74 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, setakat pada pukul 10.00 pagi tadi.

BERITA BERKAITAN: 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM