fb fb fb fb fb

PRK Sg Bakap: Pengerusi SPR tinjau pusat mengundi

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkesempatan hadir melawat ke Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

SIMPANG AMPAT, 6 Julai- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkesempatan hadir melawat ke Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Beliau meluangkan masa hampir 30 minit bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berjalan lancar.

Di SJKC Boon Beng ini, sebanyak sembilan saluran dibuka bermula pada pukul 8.00 tadi bagi membolehkan 5,935 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut menyantuni pengundi serta petugas di sekolah sama.

Beliau turut meluangkan masa hampir 40 minit.

Bagi Proses penjumlahan undi, ia akan dilakukan di Dewan Serbaguna Jawi membabitkan sembilan pusat mengundi dengan 65 saluran.

Keputusan dijangka akan diketahui selewat lewatnya pada pukul 10.00 malam nanti.

Sementara itu, SPR memaklumkan bahawa sebanyak 24 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap, setakat pada pukul 11.00 pagi tadi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM