fb fb fb fb fb

Pengundi dinasihat keluar tunai tanggungjawab

Penganalisis Politik, Dr G Manimaran

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Pengundi PRK N20 Sungai Bakap dinasihatkan agar keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi sekali gus memilih wakil rakyat masing-masing.

Penganalisis Politik, Dr G Manimaran berkata peratusan keluar mengundi yang tinggi dapat memperlihatkan sokongan serta kematangan politik rakyat.

"Kita berharap peratusan keluar mengundi akan tinggi, bukan saja untuk mana-mana parti untuk menang tetapi untuk kita menunaikan prinsip demokrasi, semangat demokrasi pilihan raya, sebab pilihan raya pilihan untuk kita, untuk rakyat", katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas ditemubual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Katanya, rakyat turut mengambil kira faktor kriteria, manifesto, komunikasi serta penyelesaian masalah yang diketengahkan oleh calon sepanjang proses berkempen.

Sungai Bakap pernah mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi sebanyak 87 peratus pada pilihan raya umum lalu.

N20 Sungai Bakap menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dan Calon Perikatan Nasional (PN), Abiddin Ismail.

Terdapat seramai 39,151 pengundi berdaftar di N20 Sungai Bakap.

ROSLINA BINTI DIN