JOHOR BAHRU, 9 September- Sebanyak 47 pusat mengundi melibatkan 294 saluran dibuka di Parlimen Pulai.
Manakala 14 pusat mengundi, dengan 68 saluran di Dewan Negeri Simpang Jeram.
Pusat pengundian dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Sebanyak 205,810 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.
Seramai 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi Dewan Negeri Simpang Jeram membabitkan 40,301 pengundi.
Dalam pada itu, pengundi dinasihatkan supaya merancang perjalanan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 70 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi.
Mengatasi lebih 60 peratus yang direkodkan dalam PRU DUN di enam negeri pada 12 Ogos lepas.
(Pusat pengundian dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang)