fb fb fb fb fb

PRK Johor: Polis buka satu lagi kertas siasatan

JOHOR BAHRU, 8 September - Satu lagi kertas siasatan berhubung kesalahan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Negeri (DUN) Simpang Jeram dibuka, semalam.

Jurucakap media, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, ia melibatkan sebaran risalah berupa hasutan serta mencetuskan kebencian parti politik.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

"Ia menjadikan 4 kertas siasatan dibuka setakat ini. Sehingga semalam, 367 permit ceramah dan kempen daripada 377 permohonan diluluskan," kata Ibrahim Mat Som menerusi kenyataan.

Semalam sahaja, 13 permit ceramah dan 20 permit kempen diluluskan di Pulai. 

Manakala enam permit ceramah dan empat permit kempen diluluskan di Simpang Jeram.

Pengundi juga diingatkan semasa hari pengundian esok, agar meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

(FOTO FAIL)

Media Baharu