(Foto Bernama)
KUALA LUMPUR, 9 September- Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak tujuh peratus, setakat pukul 9 pagi.
Manakala, sembilan peratus bagi Dewan Negeri Simpang Jeram.
"Peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga pukul 9 pagi, PRK Parlimen P.161 Pulai sebanyak tujuh peratus dan PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, sembilan peratus," demikian data yang dikemas kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di laman Facebook rasminya.
PRK Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Kedua-dua PRK tersebut menyaksikan saingan tiga penjuru.
Melibatkan pertembungan antara calon Pakatan Harapan dengan Perikatan Nasional dan calon Bebas.
(Foto Bernama)