fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan

Ketua Polis Negeri Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk M Kumar

KLUANG, 24 September - Polis setakat hari ini hanya menerima dua kertas laporan dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota.

Menurut Ketua Polis Negeri Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk M Kumar, kertas siasatan satu telah dibuka dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

"Daripada dua laporan polis satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan bawah seksyen 4 (A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/ seksyen 3 Akta Komunikasi dan Multimedia, siasatan masih dijalankan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau pegawai polis membuat undian awal di Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan IPD Kluang.

Beliau juga berkata 96 permit bagi mengadakan ceramah telah dibuat dan kesemuanya telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Kluang.

TETITIA YUSOFF