fb fb fb fb fb

86 PPKPR ditubuhkan sempena PRN Sabah

Suasana Dewan SRJK (C) Yuk Chin yang dijadikan pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Kukusan, N.71 Tanjung Batu, N.72 Merotai dan N.73 Sebatik/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 November - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

SPR dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan itu akan memantau semua aktiviti calon bertanding berkempen pada PRN Sabah.

Tempoh rasmi berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 28 November 2025.

"Bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon yang bertanding.

"Bahan kempen yang mengandungi perkataan-perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama turut memaklumkan bahawa makluman, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah membuka bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam bermula dari 10 November 2025 sehingga 5 Disember 2025.

Bilik Gerakan SPRM beroperasi di Pejabat SPRM Negeri di Kota Kinabalu (017-8478740/088-488381) dan Cawangan; cawangan Pejabat SPRM Sandakan (011-18669877 / 089-668746), Tawau (089-772743), Keningau (016-5771521 / 087-336761) serta Lahad Datu (089-868769).

Sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa juga boleh disalurkan menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. SPR juga berharap agar aktiviti berkempen yang dibenarkan akan berjalan dalam suasana penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan ditetapkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI