fb fb fb fb fb

Mohamad Alamin dicabar Anifah Aman di DUN Bongawan

FOTO BERNAMA TV

BONGAWAN, 15 November - Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, bakal berdepan saingan sembilan penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Mohamad Alamin, yang juga Ahli Parlimen Kimanis serta calon Barisan Nasional (BN), dicabar beberapa nama besar termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman, yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut mempertahankan kerusi itu ialah penyandang, Dr Daud Yusof (Parti Warisan), yang menewaskan Anifah dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020 dengan majoriti 1,802 undi.

Pertandingan di kerusi Bongawan yang mempunyai 24,019 pemilih turut menyaksikan penyertaan Dolores Michael mewakili STAR Sabah, Ridzuan Firdaus dari Perikatan Nasional, Royston Adven (Parti Impian Sabah, PIS), Md Haris Md Tahir sebagai calon Bebas menggunakan simbol kunci, Peter Matinjal (KDM) serta Hussin Dasar mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE